jom baca lain pula

Friday 30 March 2012

(CEMAS) KENAPA ENJIN PESAWAT AIRBUS A380 SINGAPORE AIRLINE DIMATIKAN ?


(CEMAS) KENAPA ENJIN PESAWAT AIRBUS A380 SINGAPORE AIRLINE DIMATIKAN ?

airbus 300x249 (CEMAS) KENAPA ENJIN  PESAWAT AIRBUS A380 SINGAPORE AIRLINE DIMATIKAN ? Enjin itu dimatikan sebab ia menghadapi masalah . Syarikat penerbangan Singapore Airlines menyatakan, pihaknya terpaksa mematikan sebuah enjin pesawat Airbus A380 yang sedang dalam penerbangan ke Eropah.

Menurut satu kenyataan Singapore Airlines semalam, pesawat itu terpaksa berpatah balik ke sini.
Kenyataan sama memberitahu, enjin berkenaan dimatikan selepas ia dilaporkan mengalami masalah.
Penerbangan pada awal pagi yang membawa 430 penumpang itu berpatah balik selepas tiga jam ia berlepas.
Pesawat itu mendarat dengan selamat di sini dengan menggunakan kuasa tiga buah enjin lagi.
Para penumpang kemudian dipindahkan ke sebuah pesawat yang menuju ke Frankfurt, Jerman.
Singapore Airlines menyatakan, ia akan menyiasat punca kerosakan tersebut dengan pengeluar enjin Airbus A380, firma Rolls-Royce. – AGENSI

No comments:

Post a Comment