jom baca lain pula

Friday 30 March 2012

( TERKINI ) KES ANAK ROZITA CHE WAN HILANG SUDAH DITEMUI


( TERKINI ) KES ANAK ROZITA CHE WAN HILANG SUDAH DITEMUI

TERKINI KES ANAK ROZITA CHE WAN HILANG SUDAH DITEMUI
ANAK CHE TA 300x225 ( TERKINI ) KES ANAK ROZITA CHE WAN HILANG SUDAH DITEMUI
SHAH ALAM – Dengan tidak semena-mena, nama Aniq Ezra, anak lelaki kepada aktres jelita, Rozita Che Wan menjadi ‘trending topic’ untuk pengguna di Malaysia menerusi laman Twitter, semalam.
Khabar yang masih belum disahkan benar ini mengatakan Aniq Ezra , 14, dilaporkan hilang dan dikatakan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang semalam.
Tambah menguatkan cerita, Rozita turut memesan kepada sesiapa yang ternampak anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan dengan segara.
Berita kehilangan Aniq Ezra telah menjadikan satu CERITA  popular.
Namun, status terkini laporan daripada pengguna di Twitter mengatakan Aniq Ezra sudah ditemui dan berada di rumah rakannya.
Malah, Aniq Ezra juga telah menghantar satu twitter mengucapkan terima kasih atas keperihatinan.
Menurut perbincangan di laman Twitter, Aniq Ezra lari ke rumah rakannya kerana merajuk dengan emaknya.
Bagaimanapun, dia dikatakan telah selamat pulang ke rumahnya.
Kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan kerana ia hanyalah melalui perbincangan di Twitter.
Zass Sinar Harian cuba mendapatkan Rozita bagi mengesahkan hal itu, namun tidak dapat dihubungi.-SINAR

No comments:

Post a Comment