jom baca lain pula

Sunday 1 April 2012

LAWA...TAPI SAYANG....KEGEMARAN ANWAR


LAWA...TAPI SAYANG....KEGEMARAN ANWAR


Assalamualaikum...
Assalamualaikum...


Cantik, seksi, mengiurkan dan bisa meruntuhkan iman seorang lelaki. Itulah yang MKT boleh tafsirkan apabila terlihat kelibat bekas peserta Miss Universe Canada.

Tetapi sayangnya, hakikat yang sukar MKT dan yang pastinya ramai lagi lelaki untuk menerimanya bilamana beliau adalah seorang bekas lelaki.
Jenna Talackova, bekas peserta Miss Universe Canada telah dibatalkan penyertaannya apabila pihak penganjur mendapati beliau adalah seorang lelaki.

Beliau telah menjalani pembedahan pertukaran jantina untuk menjadi wanita dan bertanding pada pertandingan Miss Universe Kanada, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian, Winnipeg Free Press, pihak penganjur mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa Talackova, 23, tidak layak menjadi peserta.

Penyertaannya dibatalkan selepas pengarah pertandingan itu, Denis Davila mengesyaki Talackova bukan seorang wanita tulen.



Davila mendakwa, Talackova pernah melakukan pembedahan pertukaran jantina menyebabkan satu perbalahan berlaku antara mereka.

Semasa perbalahan itu, Talackova akhirnya mengaku dia dilahirkan sebagai seorang lelaki.

Dia sebelum ini merupakan antara 65 peserta yang akan bertanding pada pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada di Toronto pada Mei depan. Pemenang pertandingan itu bakal mewakili negara ini pada pertandingan peringkat dunia.

Menurut akhbar The Vancouver Province, dia perlu berbincang dengan peguamnya sebelum membuat keputusan untuk diwawancara selepas penyertaannya dibatalkan.

Namun, Talackova membuat kenyataan di laman Twitter dengan menyatakan dia tidak akan berputus asa selepas digugurkan daripada menjadi peserta.

"Saya tidak akan membiarkan pihak penganjur mengugurkan saya disebabkan (amalan) diskriminasi," katanya.

Dia menjalani pembedahan untuk menukar jantina semasa berumur 19 tahun.

Talackova pernah bertanding pada Ratu Cantik Transeksual di Bangkok pada 2010. - Agensi

No comments:

Post a Comment